Thursday, March 24, 2011

Syukur

Kadang-kadang manusia tanpa sedar lupa akan nikmat yang diberikan oleh Tuhan.

Aku juga mengalaminya. Aku tak sengaja. Aku tak sedar pun. Bukan itu mahu ku sebenarnya.

Tapi bila aku sedar, aku cuba ingatkan diri aku, setiap ketika, untuk ingat di mana aku berada.

Di mana orang yang kurang bernasib baik daripada aku berada.

Apa yang aku ada, mereka tiada.

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil.

Tuhan tidak akan meletakkan sesuatu kepada hambaNya jika mereka tidak mampu menanggungnya.

Kalau kita menangis, kita rasa tertekan atau stress, kita pasti akan dapat menghadapinya.

Kuatkan sahaja hati. Mohon kepadaNya untuk berikan kekuatan itu.

Jangan persoalkan. Jangan persoalkan. Jangan persoalkan.

Mungkin ganjarannya bukan di sini.

Tapi ada di sana. Kau tau kan?

Aku hanya ingatkan diri aku sendiri.





















Kredit Gambar: Sue Anna Joe 

No comments:

Post a Comment